Social
297

Langgar SOP : Polis siasat Exco Selangor

Kuala Lumpur – Polis menyiasat satu dakwaan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung penularan gambar tersebut menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan gambar daripada sebuah akaun twitter kira-kira pukul 5.45 petang.

Menurutnya, menerusi akaun Twitter berkenaan yang dipaparkan pada 11.27 pagi itu tertulis ‘Satu lagi kes perlanggaran SOP melibatkan kluster kayangan.. tarikh dan masa dah terpampang kat gambar2 tu’.

“Dalam akaun ini terdapat gambar yang dipercayai dilakukan oleh seorang Exco kerajaan negeri di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

“Gambar ini memaparkan satu majlis sambutan hari raya yang dikatakan telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ziarah Aidilfitri yang sedang berkuatkuasa.

“Laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan 17 Pemberitahuan Undang² (A) 225/2021,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini. – Utusan Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu