Kuala Lumpur Post

Social

Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan

KUALA LUMPUR — Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini, menerima 13 laporan berhubung gerakan ‘Langkah Dubai’yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi berkata, semua laporan polis yang diterima akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata, polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, semua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Katanya, sehingga Selasa lalu, pihaknya menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara.

Tags: , , ,