Nation
381

Langkah ‘kurung’ rakyat tidak lagi sesuai : PM

Kuala Lumpur – Kerajaan membuka sektor ekonomi memandangkan langkah ‘mengurung’ rakyat dilihat tidak lagi sesuai malah dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pembukaan sektor itu bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, malah memberi peluang dan ruang untuk rakyat memperbaiki hidup.

“Pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah wajar berikutan peratusan penerima vaksin yang tinggi.

“Malah, keputusan ini dibuat dengan mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi ketika kes harian baharu masih mencatatkan angka membimbangkan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu