Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Nation

Laporan Anwar bakal menghadap Agong adalah palsu

Kuala Lumpur – Tiada majlis menghadap oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagaimana dilaporkan sebuah media tempatan.

Sumber Istana Negara ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan laporan tersebut adalah palsu.

Laporan itu menyebut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson akan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang hari ini, lapor Bernama.

Tags: , , ,