Nation
61

Laporan awal insiden LRT akan diserahkan hari ini

Kuala Lumpur –  Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan melakukan yang terbaik dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada mangsa dalam insiden membabitkan dua tren ransit Aliran Ringan (LRT) malam tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, laporan awal mengenai kejadian yang berlaku akan diserahkan Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Azlan Shah Al Bakri kepadanya hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan memastikan pengoperasian LRT dapat berjalan semula dalam masa terdekat.

“Saya melahirkan rasa simpati terhadap semua mangsa yang terbabit.

“MOT memandang serius berhubung insiden ini dan akan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan bagi melakukan siasatan terperinci secara menyeluruh untuk mengetahui punca kejadian. Hasil siasatan akan diumumkan kelak,” katanya.

Dalam kejadian 8.33 malam itu, seramai 47 penumpang cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu.

Mangsa dibantu pasukan penyelamat dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. – Harian Metro

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu