Nation
286

Larangan keluar rumah selepas 6 petang berita palsu : Polis

Kuala Lumpur – Polis menafikan satu klip video yang tular menerusi media sosial mendakwa mereka yang keluar rumah selepas 6 petang akan ditangkap, kecuali jika mempunyai urusan perubatan atau urusan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata antara lain, klip video itu yang menggunakan maklumat latar belakang Facebook ‘Kepong Community’, mendakwa arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara.

“Orang ramai dibenarkan keluar rumah untuk membeli makanan dan keperluan asas pada waktu kedai-kedai tersebut beroperasi hingga 8 malam sebagaimana termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 1 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh yang menasihati orang ramai supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau fakta yang belum disahkan dengan pihak berkuasa, turut berkata satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kes tersebut.

Menurutnya, menularkan berita tidak benar berkaitan COVID-19 untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206,” katanya. — Bernama

Tags: , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu