Nation
140

Lawatan Muhyiddin perluaskan lagi hubungan Malaysia-Arab Saudi

Kuala Lumpur – Kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi baru-baru ini membuka lebih ruang memperluas hubungan dua hala dalam pelbagai bidang, terutama perdagangan dan ekonomi di antara kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan Khalid al-Falih berkata banyak pencapaian sudah dicapai setakat ini, menyaksikan Arab Saudi menjadi satu daripada rakan dagang utama dan 20 negara dari Timur Tengah dengan pelaburan besar di Malaysia.

Menurut Khalid kerajaan mempunyai dua projek pelaburan yang sedang dibangunkan di Johor bernilai 64 bilion Riyal (1 Riyal = RM1.09) dan 44 projek lain bernilai lebih 1.038 bilion Riyal, sementara Malaysia pula telah melabur dalam 38 projek di Arab Saudi dengan nilai keseluruhan 1.59 bilion Riyal.

“Visi Kerajaan 2023 memberikan peluang pelaburan luar biasa bagi pelabur dan syarikat terkemuka di dunia,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia pada Khamis.

Lawatan ini dilihat membawa kejayaan besar dengan termeterainya tiga perjanjian, pertama penubuhan Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia, kedua berkaitan kedatangan jemaah, dan ketiga memorandum persefahaman (MoU) berhubung hal ehwal Islam. Kerajaan Arab Saudi juga bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji untuk jemaah Malaysia. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu