Nation
113

Lebih 20 juta vaksin Covid-19 diberikan menerusi PICK

Kuala Lumpur – Sebanyak 20,014,549 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 merupakan suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua.

“Mengikut peratusan, 41.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 19.9 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya menerusi hantaran itu.

Bagi vaksinasi harian pula, Dr Adham berkata sebanyak 512,097 dos diberikan semalam yang mana 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu