Nation
708

Lebih 200 pekerja kilang positif Covid-19

Melaka – Seramai 256 pekerja di lima buah kilang di Ayer Keroh di sini disahkan positif Covid-19 membabitkan lima kluster di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) negeri, Ramli Mohd. Ali berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 180 adalah pekerja warga asing.

Katanya, keseluruhan lapan buah kilang terlibat telah diarahkan ditutup selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

“Mengikut data yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga kini seramai 256 pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh ini didapati positif Covid-19 selepas tercetusnya kluster baharu di kawasan itu pada Mei lalu.

“Seramai 180 daripada merupakan pekerja warga asing, manakala baki adalah penduduk tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini, hari ini, lapor Kosmo Online.

Tambahnya, setakat ini terdapat lima kluster di kawasan perkilangan tersebut termasuk dua buah kilang memproses makanan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua semua pekerja yang positif telah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) swasta yang ditetapkan.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu