Nation
217

Lebih 200 petugas barisan hadapan Melaka positif Covid-19

Melaka – Seramai 223 petugas barisan hadapan di negeri ini dijangkiti Covid-19 setakat 7 Julai lalu sejak pandemik itu melanda negara pada Mac 2020.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, jumlah itu melibatkan 2.7 peratus daripada keseluruhan 8,280 petugas barisan hadapan.

Kata beliau, langkah berjaga-jaga tetap diambil meskipun tiada kematian melibatkan petugas kesihatan dicatatkan setakat ini.

“Mengikut laporan yang saya terima, semua petugas barisan hadapan sudah selesai divaksin. Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua barisan hadapan di Melaka khususnya dalam berjuang melawan Covid-19.

“Saya merasai keperitan dan tugas berat anda. Ketika kes Covid-19 masih tinggi, anda semua terdedah dengan risiko jangkitan dan terpaksa bertungkus-lumus membantu pesakit yang dijangkiti,” katanya semasa menyampaikan Amanat Penjawat Awam Negeri Melaka di sini hari ini.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu