Social
144

Lebih 2,000 kes dera kanak-kanak dalam tempoh 5 bulan

Rembau – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 2,461 kes penderaan terhadap kanak-kanak dalam tempoh lima bulan sejak Januari hingga Mei tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, angka tersebut diperoleh daripada Talian Kasih dan kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan kes penderaan dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

“Laporan yang diterima daripada talian berkenaan akan disiasat dan sekiranya mempunyai bukti, kes berkenaan akan segera dilaporkan kepada pihak polis.

“Kebanyakan kes (penderaan) yang kita terima adalah dalam kalangan ahli keluarga sendiri dan bukannya membabitkan orang luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat kanak-kanak bekas penguni Rumah Bonda di Rumah Kanak-kanak Rembau, di sini, hari ini.

 

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu