Nation
561

Lebih 500 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah berpatah balik : Polis

Pasir Pas – Lebih 500 kenderaan yang cuba memasuki negeri ini telah diarah berpatah balik semalam kerana tidak memiliki surat kebenaran rentas negeri, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.

Beliau berkata jumlah berkenaan direkodkan sepanjang tempoh 12 tengah malam sehingga 5.00 petang semalam di tiga laluan masuk utama ke negeri ini iaitu di Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.

Selain tidak memiliki surat kebenaran rentas negeri, Shafien berkata terdapat segelintir pengguna jalan raya yang hanya membawa surat rentas negeri tanpa pengesahan mana-mana balai polis,yang sengaja dilakukan dengan tujuan ingin mengaburi pihak berkuasa.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Bunut Susu, di Sekolah Kebangsaan Penggu, di sini bersama Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M.Nasir awal pagi tadi.

Mengulas mengenai PKPD Mukim Bunut Susu, Shafien berkata lebih 100 anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan bertugas mengawal tiga lokaliti kawasan yang mempunyai jumlah penduduk lebih 1,800 itu.

“PKPD Mukim Bunut Susu melibatkan tiga lokaliti yang agak luas dan memerlukan ramai anggota untuk mengawal. Anggota yang terlibat akan bertugas mengawal pergerakan masyarakat termasuk di lebih 30 laluan kecil atau ‘lorong tikus’.

“Tujuan PKPD ini juga adalah untuk memudahkan petugas kesihatan membuat ujian saringan COVID-19, kalau rakyat beri kerjasama maka kita dapat buat cepat dan terima keputusan, saya harap masyarakat di sini berilah kerjasama untuk memudahkan urusan,” katanya.

Sebagai rekod Kampung Paya Ular, Kampung Tualang dan Kampung Bechah Palas di Mukim Bunut Susu dikenakan PKPD berkuat kuasa hari ini hingga 22 Mei. – Bernama

 

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu