Social
200

Lelaki bawa dadah ditahan di SJR

Kuching –  Cubaan lelaki membawa dadah melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) gagal apabila dikesan oleh pasukan bertugas, di sini, 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, dadah ekstasi seberat 1.1 kilogram dan ketamin 15 kilogram dengan nilai keseluruhan RM10,600 turut dirampas.

“Bertindak atas maklumat, pasukan SJR IPD Kuching di Jalan Lapangan Terbang telah menahan kereta yang dipandu seorang lelaki.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta menjumpai dadah jenis ekstasi dan ketamin yang diletakkan di bawah kerusi pemandu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya suspek, 27, turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Ashmon berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 38B dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Harian Metro

 

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu