Social
131

Lelaki bunuh ibu, bapa akan dihantar jalani pemeriksaan psikiatri

Kuala Lumpur – Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya di Kampung Kemahang Hulu, Benta, dekat sini, pada Isnin lalu akan dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri di hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, suspek berusia 31 tahun itu masih direman dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis juga percaya suspek berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian memandangkan ujian air kencingnya didapati positif,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Pada 4 Oktober lalu, suami isteri warga emas maut dipercayai ditetak anak lelaki mereka dengan menggunakan parang dan kejadian didakwa berlaku selepas suspek berbual bersama bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan.

Dalam kejadian sekitar 10.30 malam itu, suspek dikatakan mengambil parang yang berada di dalam bilik dan menetak serta menikam bapanya berusia 68 tahun sebelum melakukan tindakan yang sama kepada ibunya berusia 64 tahun.

Suspek yang tidak bekerja bertindak keluar rumah dalam keadaan berlumuran darah dan ditahan oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu