Social
374
0

Lelaki diburu KPDNHEP

Putrajaya – Seorang lelaki warga tempatan diburu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membantu siasatan berkaitan kes di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Difahamkan suspek dikehendaki berhubung kes kartel daging di Johor yang dilaporkan media baru-baru ini.

Suspek, Tan Siew Huak dengan nombor kad pengenalan 790921-01-6509 beralamat terakhir di No 6, Jalan Harmonium 31/5 Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru.

Menerusi poster orang dikehendaki yang dikeluarkan KPDNHEP, lelaki itu diburu bagi membantu siasatan kes nombor Senai/006596/20.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali lelaki berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Tuan Mohd. Redzuan Nordin di talian 012-2568583 atau emel redzuan@kpdnhep.gov.my. – Kosmo Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu