Social
214

Lelaki didakwa miliki 106 butir peluru tanpa lesen

Georgetown – Lelaki mohon dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan memiliki 106 peluru pelbagai jenis secara haram kira-kira dua minggu lalu.

A Santeran, 54, hanya mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.

Tertuduh juga hanya berkata ‘mohon bicara’ ketika diminta untuk pengakuannya.

Santeran didakwa memiliki 53 peluru jenis 9mm, 48 peluru Bigs, tiga peluru Luger 9mm dan dua peluru Thai Arms 10 tanpa lesen yang sah di Pantai Batu Ferringhi pada 6.30 petang, 12 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Rosnee turut menyatakan bahawa mahkamah tidak dapat memberikan jaminan kepada Santeran kerana tertuduh mempunyai kes lain yang masih belum selesai di Mahkamah Sesyen.

Majistret kemudiannya menetapkan 27 April sebagai sebutan semula kes itu untuk tujuan pendokumentasian.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu