Social
69

Lelaki dikhuatiri lemas dalam lombong

Bidor – Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas di lombong terbiar, dekat Pekan Pasir, lewat petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 25 tahun dipercayai lemas ketika menangkap ikan di lombong berkenaan bersama rakan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, dibantu BBP Slim River dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 6.46 petang semalam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dihentikan tengah malam tadi dan disambung pada pagi ini.

“Pada pagi ini, operasi SAR turut disertai enam anggota daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Teluk Intan dan tiga anggota daripada Unit K9 JBPM dibantu anjing K9 jenis Cadaver,” katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu berkata, pihak bomba memperluaskan radius kawasan pencarian dari 10 meter ke 30 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang dengan menggunakan bot.

Katanya, anggota PPDA pula melakukan selaman ke dasar lombong dengan kedalaman lebih tiga meter.

“Kami turut membuka Pusat Kawalan Bomba (PKB) bagi memastikan operasi SAR mangsa berjalan lancar,” katanya. – BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu