Social
149

Lelaki dikhuatiri lemas, lori terjunam dalam sungai

Butter Worth  – Seorang pemandu lori dikhuatiri lemas selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai, berhampiran sebuah kilang gula di Kampung Manis di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 7.10 malam.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan berkenaan, lori tipper 10 tan diletakkan di situ sebelum mangsa yang dikenal pasti sebagai K Palaniappan, 66, datang dan menaiki lori itu yang kemudian bergerak dan terus terjunam ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan oleh pihak bomba gagal menemukan mangsa di dalam lori berkenaan dan dipercayai lelaki itu telah tercampak keluar serta dihanyutkan arus.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata operasi SAR diteruskan pagi ini dengan disertai oleh Pasukan Penyelamat di Air.– Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu