Social
174

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ketika memancing

Shah Alam – Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah terjatuh ketika memancing di Sungai Rasah, Klang, dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8.03 malam, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, operasi mencari mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu, diteruskan bermula 9 pagi tadi oleh Pasukan Penyelamat di Air dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Pihak bomba melakukan pencarian menggunakan teknik ‘surface searching‘ (pencarian di permukaan air) di sekitar lokasi berkenaan untuk mengesan mangsa,” katanya. — Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu