Social
451

Lelaki ditahan conteng ‘kerajaan gagal’ di dinding

Taiping – Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menconteng dinding dengan tulisan biadab menggunakan penyembur cat di beberapa lokasi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lelaki berusia 30-an itu diberkas di sebuah rumah di Taman Sungai Mas, di sini pada pukul 3.45 petang.

Katanya, siasatan terhadap suspek membawa kepada rampasan satu blok tulisan ‘Kerajaan Gagal’, satu tin penyembur cat dan sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

“Rampasan itu dibuat selepas suspek menunjukkan peralatan yang digunakannya untuk membuat contengan pada dinding-dinding bangunan.

“Lelaki itu dan barang kes dibawa balik ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Taiping hari ini,” katanya. — Utusan Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu