Social
142

Lelaki ditahan cuba sogok polis RM10,000

Kuala Lumpur – Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyogok wang tunai RM10,000 kepada pihak polis bagi membebaskan dua rakannya yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di hadapan sebuah hotel di Jinjang, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata suspek berusia 28 tahun sebelum itu telah pun diberikan amaran untuk tidak berbuat demikian, namun tidak mengendahkannya menyebabkan dia ditahan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama bahan bukti.

Lelaki itu ditahan pada 7.45 malam hari sama di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

“Terdahulu, dua rakannya ditahan dalam serbuan pada 3.45 petang di hadapan sebuah hotel di Jinjang kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dan hasil pemeriksaan polis menemukan 10 paket plastik berisi bahan, disyaki dadah jenis ganja seberat 130.5 gram, dianggarkan bernilai RM13,000.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati suspek pertama positif dadah metaphetamine dan ganja selain mempunyai 25 rekod jenayah dan tujuh rekod jenayah berkaitan dadah, manakala suspek kedua negatif dan tidak memiliki rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beh berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari hingga 10 Ogos depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu