Social
809

Lelaki ditahan dipercayai rogol, bunuh adik ipar

Kota Bharu – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga adik ipar suspek, di sekitar sini, petang semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata suspek berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pemotong kelapa sawit ditahan anggota polis pada pukul 4 petang.

Beliau berkata Jumaat lepas polis menerima laporan mengenai kematian seorang remaja di Bunut Susu, Pasir Mas pada pukul 6.30 petang, dan hasil bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam mengesahkan punca kematian adalah disebabkan ‘Asphyxia’ (Lemas).

“Kesan luka dikesan pada bahagian muka, tengkuk remaja itu, di samping kesan koyakan baharu pada kemaluan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shafien berkata hasil siasatan fizikal ke atas tubuh badan suspek pula menemukan kesan calar pada bahu kiri bahagian belakang disyaki berpunca daripada cakaran kuku.

“Ekoran tangkapan itu polis mendapat perintah tahanan reman ke atas suspek selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu