Social
224

Lelaki ditahan selepas cium bayi perempuan

Washington – Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa membuka pelitup muka sebelum mencium seorang bayi perempuan di bibir dalam sebuah pasar raya di Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku pada Jumaat di pasar raya WINCO di Springfield, lapor portal berita news.au.com.

“Ketika ibunya sedang mengambil barang di rak pasar raya, suspek dipercayai telah membuka pelitup muka dan mencium bayi berusia setahun itu sebelum melarikan diri,” kata polis dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Baba bayi tersebut terus menghubungi pengawal keselamatan pasar raya berkenaan sejurus selepas kejadian.

Suspek dikenal pasti sebagai Austin Blake Stewart, 24, dan ditemui menyorok di bawah selimut di kawasan berdekatan pasar raya terbabit.

Dia kemudian ditahan polis dan berhadapan tuduhan gangguan fizikal.

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu