Social
759

Lelaki ditahan tunjuk perasaan bantah kerajaan

Batu Pahat – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun bagi membantu siasatan kejadian tunjuk perasaan di Jejantas Jalan Jalan Parit Raja menghala ke Ayer Hitam, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada 11.04 pagi hari ini daripada orang awam mengenai tular kejadian merusuh, membakar suar dan menaikkan kain rentang menyatakan bantahan terhadap kerajaan.

“Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang berkenaan diturunkan oleh orang awam.

“Pihak polis menerima satu lagi laporan daripada orang awam yang melayari laman sosial yang menunjukkan rakaman video satu perhimpunan yang tidak mematuhi peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini,” katanya dalam kenyataan dekat sini.

Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain rentang yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang yang sama yang digantung di jejantas berkenaan.

“Polis mengesahkan menerima beberapa panggilan telefon mulai 12 tengah malam hingga 1 pagi melaporkan aktiviti samseng jalanan di kawasan Parit Raja dan berjaya disuraikan.

“Tindakan pencegahan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan di daerah Batu Pahat khususnya di kawasan Parit Raja,” katanya.

Katanya, polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan supaya tampil atau berhubung segera dengan Balai Polis Parit Raja di talian 07-4541222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 144 Kanun Keseksaan atau Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi 2 minit 30 saat menunjukkan sekumpulan samseng jalanan menaiki motorsikal dengan membakar suar dan menaikkan kain rentang bantahan berkenaan. – Harian Metro

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu