Social
445

Lelaki ditemui mati dalam kereta

Penampang – Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Divatto pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa dipercayai kecewa selepas berdepan masalah cinta dengan kekasihnya.

Lelaki berusia 40-an terbabit ditemui abang kandungnya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, abang mangsa menerusi panggilan telefon memaklumkan adiknya berada dalam tidak sedarkan diri dan dipercayai sudah meninggal dunia.

“Sepasukan polis dikerah ke lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri
di tempat duduk pemandu.

“Siasatan lanjut kemudiannya menemui terdapat satu saluran hos yang disambungkan dari ekzos kenderaan ke dalam kereta melalui cermin pintu belakang,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Haris menyatakan kejadian itu dipercayai dilakukan sendiri oleh mangsa berdasarkan tiada sebarang unsur-unsur jenayah dikesan di lokasi.- Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu