Social
86

Lelaki ditemui mati di dalam longkang

Seberang Perai – Seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui mati di dalam longkang di Taman Tenggiri, Seberang Jaya di sini hari ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9 pagi.

“Bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati satu mayat lelaki berusia dalam linkungan 60-an berada di dalam longkang.

“Pasukan telah melakukan kerja-kerja mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Beliau berkata, operasi oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai itu kemudiannya ditamatkan pukul 9.21 pagi.

Difahamkan pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu