Social
212

Lelaki ditemukan mati dengan kesan tetakan

Kuala Lumpur – Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditemukan mati dipercayai dibunuh di bilik sewanya di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata mayat lelaki itu ditemukan terbaring dengan beberapa kesan tetakan pada kepala, rusuk kanan, belakang badan dan kedua-dua lengan.

Polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada 6.13 petang semalam yang memaklumkan seorang lelaki telah meninggal dunia di biliknya.

“Lelaki yang masih bujang itu merupakan pekerja kedai perabut dan menyewa di bilik berkenaan sejak lima tahun lepas. Dalam rumah berkenaan terdapat beberapa bilik lain yang dipisahkan dengan papan dan disewa kepada penyewa yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu