Social
304

Lelaki kantoi menyamar pengantin perempuan

New Delhi – Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai pengantin perempuan hanya kerana ingin menghalang kekasihnya dikahwinkan dengan lelaki lain.

Lapor Mirror, satu video menunjukkan lelaki itu lengkap mengenakan busana pengantin dan memakai alat solek.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bhadohi, utara India apabila pengantin perempuan sebenar bakal dikahwinkan dengan lelaki lain.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan kekasihnya dikahwinkan dengan lelaki lain dan sanggup mengambil tempatnya sebagai ‘pengantin perempuan’.

Namun, perbuatannya terbongkar selepas para tetamu mencurigai gerak -gerinya yang pelik sebelum memukul lelaki itu beramai-ramai.

Para tetamu menarik rambut palsu lelaki tersebut, namun dia sempat melarikan diri sebelum polis tiba di lokasi kejadian.

Sehingga kini polis belum melakukan sebarang tangkapan dan lelali itu terus menjadi buruan pihak berkuasa. — Mirror

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu