Social
87

Lelaki larikan kereta bersama seorang kanak-kanak direman

Lumut – Seorang lelaki yang cuba membawa lari sebuah kereta bersama seorang kanak-kanak dalam kejadian berhampiran sebuah kedai haiwan di Seri Manjung, semalam, ditahan reman sehingga Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi ketika dihubungi Bernama berkata selain siasatan mengikut Seksyen 363 bagi kesalahan menculik, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi semalam, kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun itu dikatakan sedang menunggu ibunya di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang tidak berkunci, apabila seorang lelaki berumur 24 tahun bertindak cuba melarikan kereta itu.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian. – Bernama

 

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu