Social
201

Lelaki mabuk serang pemandu bas ditahan

Seremban – Seorang lelaki mabuk yang bertindak menyerang pemandu bas di tepi pondok hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Port Dickson, dekat sini, semalam, ditahan oleh pemandu berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam semasa pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di tepi pondok hentian bas, apabila dia diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang memecahkan cermin pintu bas itu, sebelum bergelut dengan pemandu, lapor Bernama.

Beliau berkata pemandu bas yang merupakan pesara tentera dengan pengalaman Tempur Tanpa Senjata (TTS) itu berjaya menundukkan lelaki berkenaan, dan membawanya ke Balai Polis Port Dickson untuk diserahkan kepada polis.

“Semasa pergelutan, pemandu bas itu merampas parang daripada lelaki berkenaan, namun dia mengalami kecederaan luka di jari tangan kanan dan muka, selain mengalami kerugian kira-kira RM1,000 akibat cermin pintu bas rosak dan pecah,” katanya.

Aidi Sham berkata lelaki berumur 24 tahun dengan satu rekod jenayah lampau itu ditahan reman selama empat hari, dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu