Social
832

Lelaki maki hamun penjual nasi lemak ditahan

Kuala Lumpur – Polis telah menahan lelaki yang bertindak memarahi dan memaki hamun penjual nasi lemak dan pelanggan gerai di Jalan Desa Bakti di sini, hanya kerana menegurnya tidak memakai pelitup muka pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, berkata hasil laporan dan maklumat yang diterima, lelaki itu ditahan di rumahnya yang terletak berdekatan gerai berkenaan kira-kira jam 8 malam tadi.

Beliau berkata, suspek kini dalam tahanan reman selama dua hari hingga esok.

Susulan perbuatan itu, suspek kini berdepan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana melakukan ugutan jenayah.

Selain itu dia juga disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu