Kuala Lumpur Post

Social

Lelaki mati ditembak di Puchong Prima

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki mati ditembak dalam kejadian di Puchong Prima di sini, petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan BERNAMA di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik yang tiba pada jam 5.30 petang mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes berkenaan.

Kenderaan polis dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada jam 6.15 petang.

Tags: , , ,