Social
354

Lelaki mati ditembak, ditikam

Sungai Petani – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dan ditikam dalam kejadian di tepi jalan Ladang Kelapa Sawit Kongsi 14 Bedong di sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 38 itu, mengalami kecederaan di bahagian dada.

Kejadian disedari jam 10.30 malam selepas polis menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat lelaki terbabit.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai sekurang-kurangnya lapan rekod jenayah lampau.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan mayat mangsa sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat,” katanya.

Jurucakap itu berkata, susulan kejadian itu polis menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tidak jauh dari lokasi penemuan mayat mangsa.

“Kita belum tahu sama ada remaja yang ditahan itu terbabit dalam kes pembunuhan berkenaan kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

“Remaja itu bekerja sebagai pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga kabel milik sebuah syarikat tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor BH Online.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu