Social
369

Lelaki mati ditetak jiran

Lumut – Gara-gara ingin menuntut penjelasan selepas anaknya ditampar jiran, seorang lelaki mati ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Bruas, kira-kira 40 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang berumur lingkungan 40-an maut di tempat kejadian, selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham. Suspek dikatakan telah menampar anak lelaki mangsa yang berumur 10 tahun, sebelum mangsa berjumpa untuk berbincang dengan suspek bagi menuntut penjelasan.

“Semasa berbincang, telah berlaku pertelingkahan dan suspek telah menetak mangsa dengan parang di kepala dan kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Omar berkata, suspek yang berumur lingkungan 40 itu ditahan kira-kira 20 minit selepas kejadian itu di rumahnya yang juga lokasi kejadian, dan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk tindakan lanjut, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu