Social
494

Lelaki ‘mati’ hidup semula sebelum bedah siasat

New Delhi – Seorang lelaki India yang cedera parah dalam nahas motosikal ditemui bergerak di atas meja autopsi sejurus sebelum doktor bersiap melakukan bedah siasat terhadapnya, kata seorang pegawai kesihatan semalam.

Lelaki 27 tahun dari bandar Mahalingapur di negeri bahagian selatan Karnataka itu dibawa ke sebuah hospital swasta dalam keadaan kritikal pada hujung minggu, di mana doktor mengisytiharkan dia mati dan menanggalkan ventilator daripadanya.

Keluarganya kemudian memindahkannya ke hospital kerajaan berdekatan, di mana dia akan menjalani pemeriksaan bedah siasat pada Isnin.

Saudara mara memberitahu media tempatan bahawa ahli patologi melihat mayat itu bergerak ketika berada di atas meja bedah siasat.

Seorang pegawai kesihatan kerajaan mengesahkan kejadian itu dan memberitahu AFP bahawa lelaki yang cedera itu kemudian segera dimasukkan ke hospital lain, di mana keadaannya bertambah baik.

Pegawai itu menyatakan bahawa doktor di hospital swasta telah melakukan ‘pertimbangan buruk’ ketika mereka menanggalkan dari ventilator dan menganggapnya sudah mati.

Keluarga itu belum melakukan aduan rasmi, tambah pegawai itu. – AFP

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu