Social
328

Lelaki maut dipercayai dibunuh

Ipoh – Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun maut, dipercayai dibunuh di sebuah lokasi di Taman Silibin di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh bahawa terdapat seorang lelaki yang dibawa oleh rakannya ke hospital itu telah meninggal dunia akibat kecederaan kira-kira 4.15 pagi semalam.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pihak hospital mendapati punca kematian mangsa adalah daripada luka tikaman pada bahagian dada,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Yahaya berkata pihaknya telah menahan tiga lelaki dan sedang mengesan seorang lelaki berusia 40 tahun yang beralamat di Jalan Calcutta, Buntong di sini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes ASP Norshaharah Marzuki di talian 017-4817800 atau Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2542222,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu