Social
666

Lelaki maut ditembak 4 das

Kuala Lumpur – Seorang lelaki tempatan maut ditembak ketika memandu kereta mewah Range Rover dalam kejadian di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, suspek telah melepaskan empat das tembakan semasa mangsa berusia 42 tahun itu melalui jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 2.45 petang.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu supaya menghubungi polis di talian 03- 61561222, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu