Social
137
0

Lelaki maut hidu asap dalam kereta

Bukit Mertajam – Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat terhidu asap dalam kereta di Taman Desa Cahaya, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 31 tahun ditemui dalam keadaan bersandar dan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Myvi dipandunya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung insiden berkenaan bagi menjalankan siasatan.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati dia sudah tidak bernafas dan siasatan awal juga mendapati kejadian itu tidak dapat dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang turut berada di lokasi kemudian mengambil swab’ peluh (DNA), pelitup muka, botol air minuman, penyala api merah timur serta satu bekas yang mengandungi bahan bakar disyaki arang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shafee berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat kira-kira jam 9 pagi tadi mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kematian dipercayai berpunca daripada ‘smoke inhalation’ atau terhidu asap,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BH Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu