Kuala Lumpur Post

SocialWorld

Lelaki maut jatuh dari tingkat 17 selepas tikam isteri

KUALA LUMPUR — Lelaki warga Indonesia maut jatuh dari tingkat 17 di sebuah kondominium di Setapak selepas bertengkar dan menikam isterinya, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 11.15 pagi.

“Suspek menikam mangsa di dada dan lari ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek yang berusia 44 tahun itu kemudian ditemui berhampiran kolam renang di tingkat bawah.

“Mangsa berumur 37 tahun yang mengalami kecederaan akibat ditikam itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tags: , ,