Social
219

Lelaki maut, tayar kren meletup

Ipoh – Seorang pekerja pusat servis tayar di Menglembu di sini yang sedang menukar tayar sebuah kren, maut dipercayai terkena besi yang terpelanting apabila tayar itu meletup dalam kejadian yang berlaku semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa mangsa berusia 60 tahun itu, pada kira-kira pukul 10.35 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan.

“Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan berdasarkan keterangan saksi yang terkejut dengan bunyi letupan dan besi tayar yang meletup lalu terkena muka mangsa hingga menyebabkan cedera parah dan terpelanting ke sisi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, saksi kejadian yang juga pelanggan pusat servis tayar itu kemudian memaklumkan kepada majikan mangsa dan bertindak menghubungi pihak polis dan ambulans.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu