Social
472

Lelaki maut terjun tingkat 3 KLCC

Kuala Lumpur – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 1.52 tengah hari tadi.

“Saya mengesahkan kejadian itu membabitkan seorang lelaki yang terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular gambar di media sosial memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah selepas dikatakan membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat membeli-belah terbabit. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu