Social
209
0

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika tinjau keadaan banjir

Kuantan – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Paya Kechik, Temerloh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa Isyraf Muhammad, 41, dilaporkan memegang tiang besi di garaj kereta halaman rumahnya sebelum kejadian berlaku.

“Ibu mangsa mendakwa melihat anaknya seperti terkena renjatan elektrik secara tiba-tiba menyebabkan dia terus berlari ke arah anak lelakinya untuk membantu, namun dirinya sendiri tercampak ke belakang.

“Abang mangsa kemudiannya datang membantu dan membawa dua beranak itu ke Klinik Tanjung Lalang, namun Isyraf disahkan meninggal dunia,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata ibu mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan.

Siasatan lanjut dilakukan dengan bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mencari punca arus elektrik.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan setakat ini, kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu