Social
307

Lelaki maut terkena renjatan elektrik peti pencawang

Kuching – Seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik peti pencawang Sarawak Energy Berhad (SEB) di tepi jalan Kampung Muara Tebas di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Superintendan Awang Din Awang Gani yang dihubungi hari ini berkata kejadian berlaku pada jam 10.51 malam dan sepasukan polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan bersama-sama pasukan Bomba dan Penyelamat serta wakil SEB.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mayat lelaki itu berada di dalam peti pencawang elektrik dan telah meninggal dunia. Mayat telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasi sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mayat mangsa ditemukan orang awam yang bertindak menghubungi talian kecemasan.– Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu