Kuala Lumpur Post

Social

Lelaki maut, wanita parah kereta BMW terbabas, terbakar

PETALING JAYA — Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas kereta mereka dipercayai terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) dekat Taman Setiawangsa semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak digerakkan selepas menerima panggilan pada 2.13 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah BMW 17 dan didapati 100% terbakar,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian, manakala seorang wanita yang parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan punca kebakaran belum dikenal pasti.