Social
304

Lelaki parah ditetak 3 lelaki

Bachok – Seorang lelaki parah selepas ditetak tiga lelaki di sebuah rumah di Kampung Pauh Jabit, Tawang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dan seorang rakannya telah pergi ke rumah salah seorang suspek untuk bertemu dengan individu didakwa mencuri burung murainya.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku selepas mangsa yang berusia 42 tahun bertemu tiga lelaki berkenaan untuk berbincang mengenai burung peliharaan jenis Murai Cerek miliknya yang dipercayai telah dicuri rakan mereka tiga hari lalu.

Katanya, bagaimanapun, individu terbabit tiada di situ sebelum mangsa telah bertindak menggari suspek untuk dijadikan tebusan.

“Mangsa kemudian telah diserang oleh ketiga-tiga suspek menggunakan sebilah golok dan sebilah pedang sehingga menyebabkan dia putus ibu jari tangan kanan, luka bahagian di kepala, betis kanan dan lutut kiri.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, menurut laporan Kosmo Online.

Menurut Mohamad Ismail, ketiga-tiga suspek yang menetak mangsa sudah dikenal pasti dan tangkapan akan dilakukan dengan segera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata.

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu