Social
85

Lelaki positif Covid-19 maut ditikam rakan sekerja

Shah Alam – Seorang warga Bangladesh maut ditikam manakala dua lagi rakan sekerja mangsa turut cedera selepas ditikam dengan pemutar skru oleh dua rakan mereka dalam pergaduhan melibatkan warga Bangladesh yang positif COVID-19, di rumah kongsi kilang kertas di Bandar Perindustrian Mahkota Banting, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata mangsa yang dikenali sebagai Babu, 44, mati selepas ditikam di bahagian dada dipercayai terkena jantung si mati manakala dua lagi rakan mangsa, mengalami kecederaan selepas ditikam di bahagian perut dalam kejadian kira-kira 9 malam.

“Kedua-dua suspek telah melarikan diri setelah menikam si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya siasatan mendapati pada 28 April, pihak pengurusan kilang berkenaan telah membuat ujian swab COVID-19 terhadap semua pekerja asing yang tinggal di kawasan itu.

“Daripada 140 orang pekerja, lebih kurang 30 orang didapati positif dan semua yang positif telah diasingkan (kuarantin) dan ditempatkan di satu tempat, tidak jauh dari rumah kongsi berkenaan.

Azizan berkata punca pergaduhan ekoran suspek telah mengeluarkan barang-barang kepunyaan si mati dari rumah kongsi si mati tanpa kebenarannya dan berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka.

Katanya susulan kejadian itu, kedua-dua suspek berusia 42 dan 44 tahun itu kemudian berjaya ditahan pada 3.30 pagi semalam (1 Mei) yang didapati bersembunyi di persimpangan Taman Manggis Jaya.

“Mereka mengaku telah bergaduh dengan si mati dan menikam dengan menggunakan pemutar skru,” katanya. – Bernama

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu