Social
424

Lelaki pukul isteri hingga koma direman 6 hari

Johor Bahru – Lelaki memukul isterinya yang hamil sehingga koma pada 4 Mei lalu direman enam hari bermula hari ini hingga 17 Jun ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera.

Katanya, jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dipenjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

“Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, jam 11 pagi di tepi jalan kawasan Taman Bukit Angsana, Kuala Lumpur, semalam.

“Tangkapan dibuat susulan kes yang disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan pada 5 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang kakitangan awam wanita sebuah jabatan kerajaan di Johor bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.

Mangsa yang hamil empat minggu, parah di bahagian kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang dan rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

Pada 18 Mei lalu, polis mengedarkan gambar suspek bagi memudahkan orang ramai memberi maklumat lokasi suspek selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. — BH Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu