Kuala Lumpur Post

Social

Lelaki rentung apartmen terbakar

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung selepas rumahnya yang terletak di tingkat empat di Apartmen Lestari, Damansara Damai, Selangor terbakar kira-kira 8 malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.

Beliau berkata lima jentera bomba dengan 18 anggota dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Damansara, digerakkan ke tempat kejadian.

Katanya, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 9.30 malam.

“Mangsa merupakan seorang lelaki ditemukan rentung di atas katil di dalam sebuah bilik,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan punca kebakaran masih dalam siasatan.