Social
348

Lelaki rentung dalam kebakaran kereta

Ipoh – Seorang lelaki tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Bagan Seberang, Kampung Kuala Gula di Bagan Serai pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau Muhamad Irham Mohd Zin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian membabitkan seorang mangsa Ong Yean Tong, 48, pada kira-kira 10.41 pagi.

“Kami segera mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Kuala Kurau bagi kerja-kerja memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa sebaik menerima panggilan.

“Setibanya jentera dilokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Honda terbakar 90 peratus dan mangsa disahkan rentung di dalam kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata operasi memadamkan kebakaran tamat sepenuhnya pada 11.26 pagi sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis dan punca kebakaran masih disiasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu