Social
167

Lelaki rentung dalam kebakaran

Kuala Lumpur – Seorang lelaki ditemui rentung selepas empat rumah terbakar di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru, di sini, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.39 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai 20 anggota menaiki tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, Titiwangsa, Keramat serta Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan empat rumah dengan tiga daripadanya musnah 30 peratus, manakala satu terbakar 70 peratus.

“Turut ditemui seorang lelaki berusia 54 tahun yang terbakar 100 peratus.

“Kebakaran rumah terbabit berjaya dikawal jam 7.02 pagi. Punca kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu